Malaysia di ambang Pilihanraya.
Pilihanraya akan diadakan pada bila – bila masa apabila Yang Di Pertuan
Agong memperkenankan pembubaran Parlimen. Sementara kita menanti tarikh
pembubaran Parlimen serta tarikh pengundian, marilah kita Umat Islam dan Bangsa
Melayu merenung sejenak ke arah manakah bumi ini, hak Bangsa Melayu ini hendak
di bawa, apakah bentuk negara yang hendak kita wariskan kepada anak bangsa kita.
Justeru itu, dalam memilih parti mana yang hendak diundi sewaktu PRU 13, bangsa
Melayu mestilah berfikir secara mendalam tentang kesinambungan Islam serta
perjuangan Bangsa yang mesti dipertahankan sehingga akhir hayat.
Kita semua maklum, Bangsa Melayu telah berpecah kepada tiga iaitu
UMNO, PAS dan PKR. UMNO merupakan komponen utama utama Barisan Nasional yang
berdaftar sementara PAS dan PKR merupakan ahli Pakatan Rakyat yang tidak
berdaftar serta turut dianggotai DAP. Dalam kita menentukan pilihan kita,
perkara asas yang mesti kita teliti adalah matlamat dan prinsip utama
perjuangan parti yang bertanding. Perlembagaan Parti merupakan dokumen
penting untuk kita merujuk apakah perkara asas yang diperjuangkan serta halatuju.
Pada masa yang sama, kita perlulah mengkaji realitinya iaitu sama ada prinsip
dan matlamat parti itu diperjuangkan atau sekadar menjadi tulisan semata-mata.
Marilah kita merenung sejenak apakah matlamat dan prinsip utama
UMNO, PAS dan PKR serta hakikat sebenar ditakuk manakah mereka berada.
UMNO
|
PAS
|
PKR
|
|
Matlamat
|
Mendukung
cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa,
agama dan negara.
|
Mewujud
sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai-nilai
hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
|
Membawa
kesejahteraan, keadilan sosial, pengembangan ekonomi yang mapan dan agihan
kekayaan negara yang saksama.
|
Prinsip
Utama
|
Mendukung
dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja
Berpelembagaan.
Menegak,
mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara.
|
Menyeru
umat manusia kepada Syari’at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara
lisan, tulisan dan amalan.
Memperjuangkan
Islam sebagai aqidah dan syari’at serta menjadikannya sebagai panduan
berpolitik dan bernegara.
|
Menghormati
sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuh Demokrasi Berparlimen.
Menghayati
Islam sebagai agama Persekutuan sambil memastikan bahawa hak masyarakat bukan
Islam mengamalkan agama atau kepercayaan masing-masing terus
terjamin.
|
Islam
|
Menegak,
mempertahan & mengembangkan Islam.
|
Memperjuangkan
Islam sebagai aqidah dan syari’at serta menjadikannya sebagai panduan
berpolitik dan bernegara.
|
Menghayati
Islam sebagai agama Persekutuan.
|
Melayu
|
Memajukan
ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
Melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada
hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.
|
Memperjuangkan
hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab
melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia.
|
Mempastikan
kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak digunakan
khusus untuk menaikkan taraf sosio-ekonomi mereka yang miskin dan terbiar.
|
Raja
Berpelembagaan
|
Mendukung
dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri -Negeri dan Raja
Berpelembagaan.
|
Tiada
dinyatakan dalam Perlembagaan.
|
Menghormati
sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuh Demokrasi Berparlimen.
|
Bahasa
|
Menjamin
kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal
dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
|
Mempertahankan
Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya
disamping berusaha mengembangkan bahasa Al-Quran.
|
Mendaulatkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, di samping menjamin
hak rakyat mendapat pendidikan dalam bahasa-bahasa lain.
|
REALITI
Peranan
Islam
Melayu
|
UMNO
tunjang BN
Pertahan
kesucian Islam.
Pendekatan
Wasatiyyah dalam pentadbiran negara.
Mempertahan
hak keistimewaan Bangsa Melayu
|
DAP
tunjang PR
Menggugurkan
hasrat untuk menubuhkan negara Islam.
Gagal
mempertahankan kesucian Islam. Contoh: Isu Kalimah Allah.
Hukum
hudud PAS ditentang DAP.
Tidak
mendokong Melayu dalam Perlembagaan.
|
DAP
tunjang PR
Menyokong
Kebebasan beragama untuk Melayu.
Berhasrat
mengkaji hak keistimewaan bangsa Melayu
|
Apa yang tertera di atas merupakan inti serta realiti perjuangan
UMNO, PAS dan PKR. Sebenarnya, banyak lagi yang boleh dikupas tetapi tujuan
penulisan ini hanyalah untuk membuka hati dan minda Umat Islam dan Bangsa
Melayu untuk berfikir dengan jauh sebelum ke Pusat Pengundian. Apa yang jelas,
PAS telah menjadi pengikut dalam tahaluf siyasinya dengan DAP, parti yang jelas
dalam perlembagaannya menyamaratakan setiap agama dan mendokong pluralisme.
Sila rujuk penulisan terdahulu iaitu Melayu di Persimpangan Jalan -
Rebahkah Melayu? untuk kita mengetahui siapakah dan apakah
perjuangan DAP.
PKR pula jelas mempunyai ideologi seakan DAP tidak boleh
diharapkan untuk memperjuangkan Islam serta mempertahankan hak keistimewaan
Bangsa Melayu kerana apa yang berlaku sekarang ini adalah PKR menyokong penuh
penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian serta berhasrat untuk mengkaji hak
keistimewaan bangsa Melayu. Yang lebih jelas adalah DAP merupakan tunjang
Pakatan Rakyat pasti akan mendominasi halatuju pemerintahan negara. Dengan
menyerahkan pemerintahan negara kepada Pakatan Rakyat, ini bermakna Bangsa
Melayu telah merelakan bermulanya Ketuanan Cina di bumi Malaysia ini. Kuasa
politik yang hilang amat sukar untuk diambil kembali kerana apabila Bangsa Cina
yang sudahpun menguasai ekonomi, diberi pula kuasa politik, sudah pasti akan mengerah
serta melaksanakan dasar - dasar yang pasti akan mengukuhkan Ketuanan Cina
dengan memperkudakan Bangsa Melayu yang berada dalam PAS dan PKR.
Apakah pilihan kita, Ketuanan Cina atau Ketuanan Melayu? Tepuk
dada, tanyalah Iman dan fikiran kita. Insaflah Wahai Bangsaku!