PRU 13 merupakan medan terbaik bagi Bangsa Cina serta Kristian untuk menghukum perpecahan Bangsa Melayu. Bangsa Melayu yang merangkumi 51% penduduk Malaysia, dari segi politiknya telah berpecah tiga kepada UMNO, PAS dan PKR. Kealpaan percaturan politik Melayu yang jelas berpecah menguntungkan Bangsa Cina terutamanya DAP yang licik menyusun strategi, menangguk atas kelemahan Bangsa Melayu dan menembusi hati orang Cina untuk terus menyokong mereka.
Bagi DAP, pada setiap isu yang dikemukakan.mereka pasti menang kerana ada orang Melayu PAS & PKR yang menyokong mereka. Sebagai contoh, isu Kalimah Allah. Walaupun pada akhirnya Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013 memutuskan bahawa Kalimah Allah adalah milik Islam, tetapi pimpinan PR menyatakan pendirian yang dipersetujui oleh Majlis Presiden pada 8 Januari 2013 yang teks dibaca oleh Hadi Awang tetap digunapakai bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh Kristian. Malah, pimpinan PKR secara terang menyokong ketetapan tersebut, Anwar sendiri pada 23 Januari 2013 secara terang menyokong Kafir menggunakan Kalimah Allah. Juga dengan biadab, DAP secara terbuka telah meminta Hadi Awang untuk memujuk Majlis Syura PAS untuk menukar pendirian agar ianya sejajar dengan ketetapan PR.
Begitu juga dengan isu membenteras maksiat serta gejala murtad di Selangor yang berakhir dengan penyingkiran Presiden JATI daripada PAS.
Pada orang Cina & Kristian, DAP merupakan harapan dan juara mereka kerana DAP berani menegakkan tuntutan juga mimpi mereka pada negara yang majoriti penduduknya beragama Islam dan berbangsa Melayu seperti berkongsi Kalimah Allah. Mereka juga sudah berani menghina Islam secara terang, antaranya Patrick Teoh yang mencarut tentang tatacara pemakaian Islam yang diterapkan oleh Kerajaan PAS Kedah.
DAP Tonggak PR
Berdasarkan hakikat dan fakta serta isu - isu yang dijuarai DAP, adalah jelas DAP merupakan tonggak PR. DAP sentiasa dibalik tabir, bermain catur dengan menggunakan orang Melayu PAS dan PKR untuk ke hadapan walaupun ia menyentuh sensitiviti Islam dan Melayu di negara ini. Walaupun Anwar merupakan Ketua Pembangkang, peneraju serta penentu halatuju PR adalah DAP. Anwar hanya merupakan boneka DAP, Melayu PKR yang menjadi alat 'stamping' DAP dalam menjayakan matlamat serta strategi licik mereka. Hadi Awang pula hanya Melayu PAS yang menjadi pencukup kuorum, antara jurucakap PR yang telah ditetapkan teks ucapannya oleh DAP.
Siapakah DAP?
DAP adalah serpihan daripada PAP, parti pemerintah Singapura. DAP merupakan sebuah parti politik sosialis yang mendokong Malaysian Malaysia. Ia merupakan satu falsafah dan matlamat perjuangan untuk mendapatkan hak sama rata untuk setiap kaum dalam semua bidang baik daripada segi ekonomi, pendidikan, pekerjaan dan lain-lain sektor utama.
Konsep Malaysian Malaysia diterjemahkan daripada matlamat DAP yang utama seperti berikut:
· Menubuhkan konsep demokrasi yang berlandaskan nilai demokrasi sosial di Malaysia menerusi perjuangan sistem parlimen berperlembagaan;
· Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai - nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia;
· Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta - akta yang berunsur diskriminasi;
· Mempertahankan dan menjunjung kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan menjamin kewajipan dan hak untuk mempertingkatkan status, memperkembangkan, mempelajari dan menggunakan bahasa-bahasa ibunda yang lain, termasuk Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asal;
· Memberi peluang yang saksama dan mengagihkan kekayaan ekonomi kepada semua rakyat berdasarkan penciptaan nilai-nilai dalam pasaran yang bersaing dan tata ekonomi yang menegaskan penciptaan kekayaan dan pengagihan kekayaan yang saksama;
· Berjanji untuk mempertingkatkan taraf pendidikan berdasarkan hanya kepada merit dan keperluan, serta memberikan akses penuh dan peluang yang sama kepada pendidikan peringkat awal, peringkat menengah dan peringkat tinggi, terutamanya sektor-sektor teknologi maklumat yang mengutamakan ilmu.
DAP tidak pernah menggunakan istilah Raja Berpelembagaan, ia mencanangkan Parlimen Berpelembagaan. Kenapa begitu berat untuk menggunakan istilah Raja padahal Parlimen adalah di bawah Yang di Pertuan Agong? Adakah sebarang muslihat DAP untuk tidak menerima sebarang anugerah daripada Raja – Raja Melayu? Apakah bentuk pemerintahan impian DAP? Adakah Raja – Raja Melayu menjadi penghalang impian DAP?
DAP menyatakan Malaysia adalah negara sekular, padahal Islam adalah Agama rasmi Malaysia, berdasarkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. DAP juga secara lantang memperjuangkan hak yang sama bagi semua kaum. Ia mencabar secara langsung hak keistimewaan bangsa Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, antaranya Perkara 153, yang memberi kuasa kepada Yang di – Pertuan Agong mempertahankan kuota khusus untuk orang bangsa Melayu, bumiputera yang masih ketinggalan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan pendidikan.
DAP juga memperjuangkan kebebasan pelbagai agama daripada undang – undang yang bersifat ‘menindas’. Itulah sebabnya DAP lantang bersuara dalam isu penggunaan Kalimah Allah pada Kafir dengan mengheret orang Melayu PAS dan PKR untuk bersekongkol dengannya. Lebih 80% pemimpin tertinggi DAP adalah Kristian.
DAP juga mengiktiraf Bahasa selain Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda seperti bahasa Cina. Itulah punca DAP melalui proksinya Dong Zhong beriya – iya untuk menghalau guru – guru berbangsa Melayu keluar daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dengan alasan untuk memperkukuhkan bahasa Cina di sekolah tersebut, guru – guru fasih berbahasa Cina diperlukan.
Senerio Kemenangan PR Dalam PRU 13
DAP telah menuntut kerusi terbesar dalam PR dalam menghadapi PRU 13. Daripada 222 kerusi Parlimen, DAP dijangka akan bertanding di 89 kawasan berbanding PAS 67 dan PKR 66. DAP yakin, ia boleh menang besar terutama di kawasan majoriti pengundi Cina. Sekiranya PR menang dalam PRU 13, ini bermakna DAP mempunyai wakil terbesar di Parlimen seterusnya mendominasi pemerintahan negara. Walaupun Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang bukan Melayu untuk menjadi Perdana Menteri, hanya Yang di – Pertuan Agong boleh menghalang perlantikan tersebut berdasarkan Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, DAP akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri sementara sebagai boneka DAP untuk melaksanakan perubahan drastik dalam pemerintahan negara, terutamanya untuk memastikan konsep Malaysian Malaysia berteraskan kesamarataan yang diperjuangkan diterapkan dalam semua aspek termasuk ekonomi dan pendidikan. Hak kebebasan beragama akan diperluaskan dengan percambahan lebih banyak lagi gereja dan rumah ibadah serta Interfaith Council akan menjadi lebih kuat dalam mendokong pluralisme di Malaysia.
Sedangkan belum lagi memerintah, PAS dan PKR sudah menjadi Pak Turut DAP dalam hal yang bersangkut paut dengan Islam dan hak keistimewaan bangsa Melayu, inikan pula jika sudah berkuasa. DAP pasti akan mengambil peluang untuk melemahkan kemuliaan Islam dan kedudukan bangsa Melayu. Antara institusi penting dan hak orang Melayu yang menjadi sasaran DAP adalah :
1) Islam
2) Yang di – Pertuan Agong
3) Majlis Raja – Raja
4) Hak Keistimewaan Bangsa Melayu
5) Rejimen Akar Melayu
6) Bahasa Melayu
7) Tanah Simpanan Melayu
Persempadanan kawasan pilihanraya dan pendaftaran pemilih pasti akan diubah untuk memihak kepada DAP dalam memastikan dominasi mereka dalam pilihanraya akan datang, seterusnya melebarkan kuasa dan pengaruh, selain melemahkan kuasa politik orang Melayu.
Pilihan Untuk Melayu – BERSATU!BERSATU!BERSATU!Tolak DAP
Melayu wajib bersatu demi Islam dan mempertahankan haknya. Dalam suasana getir menentukan kesinambungan kuasa politik Islam dan Melayu di Malaysia, PAS harus memikirkan kedudukannya dalam PR, PAS telah dihina dan maruahnya sebagai sebuah parti Islam yang didokongi Melayu telah tercalar teruk. Demi Islam dan Melayu, PAS harus keluar daripada PR dan pilihan terbaik adalah untuk bersama – sama dengan UMNO dalam menerajui negara.
PKR yang mempunyai ideologi seakan DAP, tidak boleh diharapkan untuk mendokong dan mempertahankan Islam dan hak keistimewaan bangsa Melayu. Anwar pernah berkata dalam wawancara dengan the Wall Street Journal bertarikh 26 Januari 2012, “ If elected, Anwar said he would speed up the removal of racial quotas for university places and focus on helping lower-income groups regardless of race instead of solely aiding ethnic Malays.” Anwar yang rakuskan kuasa serta dendam kesumat mendalam terhadap UMNO sudah berkerat rotan untuk memastikan UMNO tumbang dalam pilihanraya, walaupun atas pengaruh DAP.
Pengundi Melayu pula harus membulatkan tekad untuk menolak sebarang parti atau pakatan yang mempunyai kaitan dengan DAP yang sungguh jelas melibatkan PAS serta PKR. Memenangkan PAS dan PKR yang masih dalam PR adalah memenangkan DAP dalam agenda politik licik dan membahayakan kedudukan Islam dan Melayu di negara ini. Memangkah PR yang dianggotai DAP, PAS dan PKR adalah mengkhianati Islam dan Melayu, merelakan Islam terus dihina, menggalakkan plularisme dan liberalisma, mengiyakan penafian serta penghapusan hak keistimewaan bangsa Melayu seterusnya merelakan institusi Melayu yang dipelihara selama ini digugat dan terhakis. DAP adalah parti chauvinis yang menabur racun serta menanti kesilapan percaturan Melayu dalam PRU dan Melayu wajib sedar sebelum ianya terlambat! Insaflah wahai Bangsaku!