Saturday, 12 January 2013

Isu Kalimah Allah - PAS Jauh Tersasar!



Allah itu Maha Esa. KeesaanNya itu diperjelaskan dengan tegas melalui Surah Al - Ikhlas:

"Katakanlah Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah tempat bergantung segala sesuatu. Tidak Ia beranak dan tidak Ia diperanakkan. Tiada sesuatupun yang setara denganNya."

Dalam menghalalkan penggunaan Kalimah Allah kepada Kafir, PAS menerusi Presidennya, telah mengambil dalil iaitu Surah Al -Imran Ayat 64 yang berbunyi:

 "Katakanlah Wahai Ahli Kitab, marilah kepada suatu kalimat yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali ALLAH dan tidak kita sekutupun Dia dengan sesuatupun dan tidak sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain daripada ALLAH. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah bahawa kami adalah orang orang yang meyerah diri."

Dua persoalan besar timbul daripada dalil yang dikemukakan PAS. Pertama, adakah Kristian sekarang Ahli Kitab dan tidak menyekutukan Allah? Kedua, adakah PAS merujuk Kristian sekarang adalah Ahli Kitab?

Bagi persoalan pertama, sungguh malang kerana PAS telah menyembunyikan bahawa Ayat itu hanya digunapakai sekiranya Ahli Kitab tersebut tidak menyekutukan Allah. Apa yang berlaku sekarang ini adalah jelas Kristian telah menyekutukan Allah dengan wujudnya Tuhan Triniti. Kitab Bible dengan jelas menggariskan bahawa Tuhan itu adalah tiga dalam satu iaitu Tuhan Bapa,Tuhan Anak dan Tuhan Ruhul Qudus. Sebagai contoh Bible Fasal 14 Ayat 9 sebutkan:

" Siapa yang nampak Aku, ia sudah nampak Bapa. Tiadakah engkau percaya bahawa Aku ini didalam Bapa, dan Bapa pun di dalam Aku. "

Ini bererti bahawa Tuhan bagi Kristian adalah sungguh berbeza dengan kefahaman Islam yang merujuk Tuhan itu adalah Allah Yang Maha Esa yang dijelaskan melalui Surah Al - Ikhlas. Juga, Allah telah menerangkan bahawa Ahli Kitab itu sebenarnya telah sesat daripada kebenaran dan telah menyekutukan Allah. Mereka telah merubah,menokok tambah dan mencemar Kitab Taurat, Zabur dan Injil yang diturunkan Allah Yang Maha Esa kepada Nabi Musa, Nabi Daud dan Nabi Isa mengikut acuan mereka sendiri sehingga wujudnya Tuhan Triniti dalam Injil yang dipanggil Bible sekarang. Kitab - Kitab ini telah ditolak oleh Allah swt dengan menurunkan Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang dijamin Allah tidak akan diubah atau dicemari.

Ayat-ayat yang menjelaskan sesatnya Ahli Kitab ini adalah antara yang disorok oleh PAS yang merupakan kesinambungan Surah Al - Imran Ayat 64. Ia adalah Ayat 69 - 80 yang berbunyi yang jelas memperkatakan kesesatan Ahli Kitab. Kita ambil Surah Al - Imran Ayat 69 - 72 yang berbunyi:

" Segolongan dari Ahli Kitab ingin menyesatkan kamu, padahal mereka tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak menyedarinya. Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mengingkari ayat - ayat Allah, padahal kamu mengetahui kebenarannya. Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur adukkan yang haq dengan yang bathil, dan menyembunyikan kebenaran, padahal kamu mengetahui? Segolongan Ahli Kitab berkata 'perlihatkanlah seolah - olah kamu beriman kepada apa yang diturunkan kepada orang - orang yang beriman pada permulaan dan ingkarilah ia pada akhirnya, supaya orang - orang beriman kembali kepada kekafiran. " 

Adakah Kristian layak dibenarkan menggunakan Kalimah Allah berdasarkan keterangan-keterangan ini?Sudah tentu TIDAK TIDAK TIDAK!!! Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke 82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan Umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama - agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur - unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang - undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebelas keterangan telah diberikan, antaranya adalah
  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
     
  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
     
  3. Kalimah Allah Lafz Al - Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
Persoalan kedua, berdasarkan dalil yang diberi oleh PAS melalui Surah Al-Imran Ayat 64 yang menghalalkan Kalimah Allah pada Kafir,adakah PAS mengakui bahawa Kristian sekarang adalah Ahli Kitab? Persoalan ini perlu dijawab segera kerana jika benar PAS mengiktiraf Kristian sekarang adalah Ahli Kitab, ini bermakna PAS telah menghalalkan sembelihan Kristian untuk dimakan. Disamping itu, perkahwinan antara Kristian dan Islam boleh dijalankan tanpa pasangan Kristian perlu memeluk Islam. Nauzubillahi Min Zalik!

Perancangan Kristian yang cukup rapi menggunakan PAS yang kononnya mendokong Islam sungguh membahayakan Aqidah Umat Islam. PAS secara tidak langsung telah terbabit dalam agenda Kristianisasi di Malaysia. Kesan yang sungguh besar daripada penghalalan Kalimah Allah oleh PAS adalah PLURALISME. Ini adalah kerana pada akhirnya Kafir boleh mengatakan bahawa Tuhan mereka dan Tuhan Umat Islam adalah sama. Kalimah Allah yang dibenarkan penggunaanya kepada Kafir akan meresap secara halus kepada Umat Islam terutamanya yang kurang pendidikan agama yang akan melihat sekiranya Tuhan Kafir dan Tuhan Umat Islam adalah sama, ini bererti bahawa semua agama adalah sama disisi Allah tidak kira Islam, Kristian, Buddha mahupun Hindu.

Ini memberi tanggapan sekiranya Umat Islam menganut Kristian tidak jatuh murtad kerana mereka mempunyai Allah yang sama. Pluralisme merupakan agenda penting Kafir untuk menghakis Aqidah dan jati diri Umat Islam. Sekiranya Pluralisme diterima, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan akan terhakis kerana mana - mana agama boleh dijadikan Agama Persekutuan kerana semuanya sama disisi Allah.

PAS mesti menjawab persoalan - persoalan yang dikemukakan dengan seikhlasnya - ikhlasnya demi Islam. Juga, PAS wajib dipertanggungjawabkan untuk sebarang musibah yang menimpa Aqidah Umat Islam dengan bersekongkol dengan Kafir yang secara tidak langsung memudahkan agenda Kristianisasi di Malaysia. Insaflah Wahai Bangsaku!