Tuesday, 1 January 2013

Isu Kalimah Allah-Peringatan Untuk Umat Islam&Bangsa Melayu



Umat Islam khususnya bangsa Melayu di Malaysia daripada segi politiknya terpecah kepada tiga iaitu UMNO, PAS dan PKR. Perpecahan ini nyata menguntungkan DAP yang merupakan parti dominan dalam Pakatan Rakyat.
.



Atas kelemahan ini, DAP sebagai tonggak Pakatan Rakyat telah sekali lagi mempermainkan Umat Islam, kali ini dalam isu Kalimah Allah. Kalimah suci ini yang telah diputuskan oleh para Ulamak sebagai hak mutlak Umat Islam, telah digugat dengan gesaan DAP agar Kristian dibenarkan menggunakan Kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.

Implikasi kepada Umat Islam sekiranya penggunaan Kalimah Allah dibenarkan kepada golongan Kafir adalah :

1) Konsep Allah sebagai Yang Maha Esa sebagaimana yang dirujuk pada Surah Al - Ikhlas telah berubah menjadikan Allah sebagai Triniti, Buddha ataupun sembahan lain.

2) Kekeliruan bahawa Kristian dan Yahudi sekarang adalah Ahli Kitab yang halal dimakan sembelihannya, padahal mereka telah sesat serta mengubah Ajaran serta Kitab Taurat dan Injil yang asal sepertimana dijelaskan dalam Al-Fatihah Ayat  7.

3) Menyuburkan Fahaman Pluralisme dengan mengganggap bahawa semua Agama adalah sama disisi Allah kerana kalimah Allah ada dalam Bible, padahal Agama disisi Allah hanyalah Islam.

Berdasarkan kepada kesan buruk penggunaan Kalimah Allah yang dikongsi bersama orang Kafir, kita sebagai Umat Islam seharusnya bersatu hati tanpa mengira fahaman politik demi mempertahankan maruah dan Aqidah Umat Islam daripada terpesong.

Juga sekiranya kita merujuk kepada Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang jelas meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan, Umat Islam sewajarnya melupakan perbezaaan serta tidak terpedaya dengan sebarang usaha yang menggunakan Perkara 11 Kebebasan Beragama untuk menghalalkan tindakan mereka sekiranya ianya melibatkan kesucian dan kemurnian Islam itu sendiri.

Malangnya, atas kepentingan politik, PAS yang kononnya mendokong Islam jelas berpecah serta pemimpinnya tidak senada dan tegas dalam memperjuangkan hak mutlak Kalimah Allah untuk Umat Islam. Begitu juga dengan PKR yang jelas terpaksa mendengar pandangan daripada DAP dalam mencapai kesepakatan dalam isu Kalimah Allah. Kenapa perlu merujuk kepada orang Kafir dalam perkara yang menyentuh sensitiviti serta maruah Umat Islam?

Jelas, DAP telah menunjukkan taringnya dan apa jua keputusan diambil Pakatan Rakyat dalam isu Kalimah Allah ini telah menyerlahkan siapa yang dominan. DAP juga telah berjaya membuktikan betapa rapuhnya Umat Islam dalam hal yang menyentuh hak mereka serta menjadi petunjuk bahawa DAP boleh merobek hak Umat Islam dan Bangsa Melayu dalam perkara - perkara lain, lebih - lebih lagi sekiranya Umat Islam dan Bangsa Melayu silap membuat percaturan politik dalam pilihan raya yang akan datang. Insaflah Wahai Bangsaku!

No comments:

Post a Comment